Wishes real flower next time 😁 (Taken with instagram)
Hari ni 3 paper dah selesai tinggal 2 paper je lagi.
Dalam banyak-banyak tak de lagi yang betul-betul konfiden.
Huhuhuhu takut. Semester depan dah nak mohon praktikal, guna pula result semester ni. =(
Ni la sebab kenapa aku yang terlebih nervous Si Dia nak konvo.
Dia setiap semester result makin naik sampai ke DL. Aku?
hm…
Biasalah time birthday ni la nak mintak macam-macam kan? Hahaha tapi aku tak mengharapkan semuanya akan dapat dalam masa terdekat ni. Janji aku dapat gak satu hari nanti. Okey kita mulakan dengan…
Teringin nak al-Quran dan Rehal sendiri. Masa mula-mula mengaji kat tempat belajar tu guna meja macam kat sekolah lepas tu kat rumah orang dia dah sediakan semuanya. Bila ngaji kat rumah guna bantal aja. Kalau boleh nak 1 quran besar color GOLD lepas tu rehal nak kayu macam yang ni…
Huhuhu tapi nak triangle tu tinggi sikit… perghh demand tol… Hm pernah nampak yang berkenan kat Perak or Kelantan not really remember… Lepas tu nak yang ni plak…
Quran Pelangi nak kecik punya so boleh bawa pergi mana-mana… Next…
Telekung travel siap Sejadah. As aku punya tertinggal kat Palaca of Golden Horses… so nak yang baru… =(
Ni pula iPod Nano Watch. Hm mp3 Mickey ni asyik buat hal aja. Bateri pun tak tahan lama. Well maybe sebab murah plus China kot… tah… hehehehehe… so nak ni…
Nak Bracelet yang ada nama or custom made… Ni sample kalau nak design boleh tengok-tengok kat www.craftedbymei.blogspot.com
Well ni yang buat masa ni terfikir nak ada. Well kalau nak beli sendiri memang kena ikat perut la…
p/s: 22 only a number yet I’m still a babygirl of Mazlan Tahir and Santer Maria Abdullah… =)
Menyuruh anda meminta maaf, anda tidak mahu dan menegaskan anda yang betul dan aku yang salah. Meminta maaf sebab dah tak tahan dah dengan semua ni anda kata tidak ikhlas.
Saya minta maaf tak minta apa-apa pun dari anda. Tidak ikhlaskah namanya tu? Saya tidak menyuruh anda meminta maaf setelah itu, tidak ikhlaskah namanya tu? Saya tidak mahu apa-apa, tidak ikhlaskah namanya itu?
Meminta maaf darimu setelah mamaku pun membelamu terbukti aku salah. Memang aku tidak nampak semua itu, tapi kalau tidak habis mengungkit kisah ini dan masing-masing berdegil, sampai bila nak habis?
Meminta maaf darimu sebelum aku terbang ke alam mimpi dan bangun keesokkan hari dengan mood yang berbeza. Hati lega dan lapang setelah meminta maaf darimu walaupun hati berat untuk melakukannya. Namun, aku fikirkan kebaikkan yang akan diterima.
Tidak berasa muram, ceria selalu dan gembira menempuh hari-hari yang mendatang. Itu merupakan kesan yang akan aku dapat. Sebab itu dengan ikhlas aku meminta maaf namun lain pula yang mendatang.
Dikatakan aku tidak ikhlas meminta maaf, dikatakan aku boleh buat apa saja selepas ini, dikatakan aku ego (although its indirectly but I knew), dikatakan aku tidak perlu ambil peduli lagi sebab bukan urusanku, dan dikatakan aku boleh saja keluar dengan mana-mana lelaki.
Wow. SMS yang anda hantar benar-benar menyentapkan hati. Sebab selama ni aku pernah ke nak keluar dengan mana-mana lelaki? Pernah ke aku nak keluar dengan lelaki lain tapi tidak memberitahumu dahulu? Setahu aku tidak.
Pasal nak pinjam iron pun aku tanya anda dahulu. End up aku pilih baju dan tudung yang tidak perlu digosok walhal pada mase itu anda masih lagi belum habis bercakap mengenainya.
Aku dah buat keputusan untuk tidak pinjam iron tu dahulu sebelum anda mempertikaikannya. Jadi sekarang di mana timbul isu tu?
Aku mesej mama berikutan hal ni. Memberitahu mahu merajuk dengan anda namun mama menyuruhku sekurang-kurangnya mesej anda untuk bertanyakan keadaan anda. Aku mesej juga tapi tidak dapat lama sebab ada urusan lain yang perlu disiapkan dahulu. Sekurang-kurangya ada kan?
Tapi ia seakan tidak mencukupi darimu. Aku membalas mesej tanpa rasa marah, tanpa rasa dendam tanpa rasa sakit hati walaupun emosi amarah anda meninggi. Sudah aku bilang tidak ada gunanya menyelesaikan masalah dengan amarah. Tapi tak apa aku redha. Aku redha walaupun aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku terangkan.
Anda boleh merajuk dengan saya. Anda boleh marah dengan saya. Tapi adakah anda fikir sejenak bagi pihak saya? Anda demam saya tidak mahu ambil pusing. Kututup segera masalah ini untuk tidak menambahkan apa-apa lagi. Tapi pabila sifat marah menguasai diri habis semuanya.
Hm, aku senyum melihatkan SMS anda yang menanyakan apa yang aku ubah untuk diriku. Tidak perlulah rasanya untuk aku perkatakan di sini kerana pasti akan menambahkan lagi masalah. Aku redha dengan kenyataanmu. Tidak mengapa. Biar aku sahaja tahu apa yang aku ubahkan. Insyaallah akan aku kekalkanya.
Mengenai perilakuku yang engkau utarakan. Ya, aku dalam proses untuk membaikinya. Tapi adakah engkau tahu? Adakah engkau sedar? Ramai yang tidak menyedarinya tapi tak apa aku redha. Biar aku saja yang tahu. Biar aku saja yang laluinya.
Melihatkan sikap manusia yang sentiasa tidak puas dengan apa yang mereka hendakkan membuatkan aku senyum lagi hari ni. Kejadian yang telah berlaku dua minggu berturut-turut aku lalui dengan bebelan dan rungutan. Namun, aku masih lagi melaksanakannya.
Tidak mengapa. Aku cuba untuk menerima segalanya dengan redha tanpa rungutan dan bebelan. Hanya luahan yang aku tulisan di sini kerana PENAKUT untuk mengutarakanya.
Semua pihak mahu menang. Semua pihak mahu betul. Tidak salah andai yang salah dan betul mengambil sikap diam diri dan mengalah. Namun masih dipertikaikan lagi. Kehendak manusia tidak semua boleh sempurnakan namun akan cuba lagi.
Tapi hati ni siapa nak sempurnakan?
